2 NOV: Susulan nahas pesawat Russia yang terhempas di tengah Sinai
semasa penerbangannya dari Sharm el-Sheikh ke St Petersburg Sabtu lalu,
162 mayat mangsa dibawa balik ke Russia oleh sebuah pesawat.
Menurut pegawai lapangan terbang, pesawat Ilyushin-76 berlepas dari ibu negara Mesir menuju ke Saint Petersburg.
Mayat adalah mangsa nahas Sabtu lalu membabitkan pesawat jenis Airbus
A-321 yang membawa 224 orang yang mengorbankan kesemua mereka.
Sementara
itu ekoran kejadian tersebut telah menyebabkan beberapa syarikat
penerbangan utama mengambil keputusan untuk tidak menggunakan laluan di
Sinai yang merupakan lokasi nahas.
Dua syarikat penerbangan terbesar di Eropah antara yang memutuskan perkara itu selepas tragedi mengorbankan seramai 224 orang.
Lufthansa
dan Air France-KLM berkata, mereka tidak akan melakukan penerbangan di
Semenanjung Sinai sementara menunggu penjelasan berhubung punca nahas.
British
Airways berkata, ia akan terus membuat penerbangan merentasi kawasan
itu, walaupun akhbar United Kingdom (UK), The Sun pada Ahad mendakwa
syarikat itu secara berahsia memberitahu juruterbang untuk tidak terbang
rendah di ruang udara Mesir.
-bnbbc