Saturday 31 October 2015

Artis Malaysia Sindir Negeri Perak Darul Busuk Hati.


"allahuakhbar. aku anak seni bukan politikus. susahnya nak bergiat seni di negeri perak darul busuk hati ni ya allahhhh ! pembetulan...bukan rakyat ya..."

Status facebook yang tertera ayat tersebut telah ditulis oleh Mamat Khalid seorang pengarah yang terkenal dengan filem Hantu Kak Limah pada 28 Oktober 2015.

Tulisan tersebut kemungkinan besar ditujukan oleh individu yang mungkin merupakan VIP di negeri Perak tetapi tidak dapat disahihkan siapa VIP tersebut.


Friday 30 October 2015

Selepas 20 Tahun Terbengkalai, Plaza Rakyat Akan Dibangunkan.

KUALA LUMPUR – Bangunan Plaza Rakyat pernah digambarkan bakal menjadi bangunan ikon Kuala Lumpur pada tahun 1990-an lantaran kehebatannya merangkumkan kompleks beli-belah tujuh tingkat, hotel, pusat hiburan, pawagam, kondominium dan stesen Transit Aliran Ringan (LRT) di bawah satu bumbung.
Namun, hanya tiga tahun selepas mula dibina pada tahun 1994, projek pembangunan Plaza Rakyat tergendala akibat kegawatan ekonomi dan akhir­nya bangunan separuh siap itu terbiar usang menjadi sarang penagih dadah serta pembiakan nyamuk.
Dari minggu, bertukar bulan dan tahun, malah telah berselang tujuh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Plaza Rakyat masih menjadi bangunan terbengkalai yang mencacatkan pemandangan ibu kota.
Bagaimanapun, pembentangan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar kecil) di Dewan Rakyat semalam memberi khabar gembira buat warga kota apabila selepas 20 tahun terbiar, Plaza Rakyat bakal dihidupkan semula.
Menurut Tengku Adnan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memilih sebuah syarikat baharu iaitu Profit Consortium Sdn. Bhd. bagi me­laksanakan projek pemulihan Plaza Rakyat dengan fasa perjanjian jual beli diselesaikan bulan depan sebelum kerja-kerja di tapak bermula.

-kosmo

3 Lebuhraya Baru Demi Kepentingan Rakyat Selangor.



KUALA LUMPUR: Kelulusan pembinaan tiga lebuh raya oleh kerajaan negeri Selangor adalah rasional demi kepentingan rakyat, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.


Beliau berkata, kerajaan memang mengharapkan adanya lebuh raya tambahan dibina di negeri itu untuk menyelesaikan masalah trafik yang tidak boleh lagi ditampung oleh lebuh raya sedia ada.


"Selain bermanfaat kepada ekonomi, ia akan memberikan manfaat besar kepada rakyat Selangor dan sekitarnya.


"Dulu masa KIDEX dibatalkan, kita terima banyak rungutan bahawa lebuh raya seperti Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) sudah cukup sesak dan tahap perkhidmatannya memang sudah capai tahap maksimum," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Inovasi Kementerian Kerja Raya 2015 di sini, Khamis.


Justeru, katanya, rakyat termasuk rakyat Selangor memerlukan lebuh raya baharu untuk menyelesaikan masalah kesesakan trafik yang mereka hadapi sekarang.


Terdahulu, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dilaporkan telah meluluskan tiga projek lebuh raya di negeri itu iaitu Projek Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) dan Lebuh Raya Lembah Klang Timur (EKVE).


Bagaimana keputusan tersebut dilaporkan menjadi isu apabila keputusan berkenaan dibuat tanpa dimaklumkan pada Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Mengulas lanjut, Fadillah berkata kelulusan lebuh raya yang melibatkan jalan negeri adalah berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.


"Ia adalah keputusan kerajaan negeri dan bukan hanya keputusan kerajaan persekutuan sahaja.


"Untuk memulakan sesuatu projek, kerajaan persekutuan perlu mendapat kelulusan kerajaan negeri terlebih dahulu," katanya.

-mstar

Berita Gemberi Buat Vapor. Vape Dibenarkan Di Malaysia.



KUALA LUMPUR : Mesyuarat Kabinet hari ini memutuskan bahawa kerajaan tidak akan mengharamkan penggunaan rokok elektronik atau vape di negara ini. Perkara itu disahkan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, 

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi entri Facebook beliau hari ini. "Berita baik untuk pengguna vape, pembuat vape dan peniaga vape.. Kabinet hari ini memutuskan untuk tidak mengharamkan penggunaan vape. "Terima kasih kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) dan kerajaan yang memahami aspirasi anak muda," katanya. 

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam memaklumkan bahawa kerajaan akan mempertimbang untuk mengharamkan penggunaan vape dalam masa terdekat bagi mengelak risiko lebih buruk terhadap kesihatan penggunanya. Bagaimanapun, nada berbeza disuarakan timbalannya, 

Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, semalam yang memberitahu belum ada keputusan muktamad dibuat berhubung cadangan pengharaman rokok elektronik. Justeru itu katanya, penjualan dan penggunaannya tidak dihalang, berikutan setakat ini tiada undang-undang khusus mengenainya. 

Dr Hilmi juga menyatakan kementeriannya akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkepentingan mengenai penggunaan dan penjualan rokok elektronik itu sebelum merangka akta baharu.

-bharian

Debat 1MDB Antara Arul Dan Tony Pua, RTM Bakal Siaran Langsung.


Radio Televisyen Malaysia (RTM) bersedia menyiarkan siaran langsung debat mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) antara Presiden dan Pengarah Kumpulan Eksekutif 1MDB Arul Kanda dan anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Tony Pua.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata kesediaan RTM untuk menyiarkan debat itu secara langsung membuktikan sikap keterbukaan kementerian berkenaan.
"RTM boleh siarkan debat ini secara langsung," kata Salleh kepada Bernama semalam.
Dalam kenyataan semalam, Arul Kanda berkata beliau sedia bersemuka dengan Pua dalam program televisyen secara langsung dengan syarat anggota Parlimen Petaling Jaya Utara itu melepaskan jawatannya sebagai anggota PAC.
"YB Tony Pua telah mencabar saya... untuk bersamanya dalam program bual bicara secara langsung. Saya menerima cabaran itu dan menanti untuk menjawab semua soalannya," kata Arul Kanda.
Pua sebelum ini mencabar presiden 1MDB itu untuk muncul bersamanya dalam temu bual yang bersiaran secara langsung bagi menjawab segala persoalan yang dibangkitkan terhadap 1MDB.
Bernama

Najib Razak Gesa Ling Liong Sik Mohon Maaf Secara Terbuka.

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memfailkan saman terhadap bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik berhubung kenyataan berbaur fitnah yang dibuat ke atasnya.

Saman itu difailkan pada 27 Okt lepas melalui firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini.

Dalam kenyataan tuntutannya, Najib antara lain memohon perintah supaya Dr Ling menyiarkan kenyataan mohon maaf dalam akhbar atau majalah yang dikenal pasti oleh Najib, dalam bentuk dan terma yang akan ditentukan oleh plaintif (Najib).


Najib juga memohon injunksi untuk menghalang Dr Ling, atau melalui kakitangan atau ejennya daripada terus menuturkan atau menyiarkan apa-apa kenyataan berbaur fitnah atau apa-apa perkataan berbaur fitnah yang serupa terhadapnya.

Beliau juga memohon ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Najib berkata Dr Ling telah secara palsu dan berniat jahat mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya semasa menghadiri satu upacara di sebuah kolej universiti di sini, yang disiarkan dalam portal berita pada 3 Okt menerusi satu artikel.

Perdana menteri mendakwa bahawa defendan telah menuturkan perkataan-perkataan berbaur fitnah dengan berniat jahat supaya plaintif berada dalam kancah skandal, dipandang hina dan kebencian.

Najib berkata mengikut pengertian nyata dan biasa, perkataan-perkataan yang diterbitkan dalam artikel itu difahamkan membawa maksud, antara lain, beliau telah menggelap dana awam ke dalam akaun peribadi beliau, dan bahawa beliau telah menyalah guna dana itu untuk kepentingan peribadi, dan beliau telah menyalah guna dana itu untuk meraih kekayaan dan keuntungan untuk kepentingan dan keuntungan peribadi.

Najib juga berkata pengertian nyata dan biasa perkataan-perkataan yang disiarkan dalam artikel itu difahamkan bermaksud, antara lain, bahawa beliau telah menyalah guna dana kerajaan milik sebuah syarikat pelaburan kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk kepentingan peribadi, beliau telah menyalah guna kuasanya sebagai pemimpin sebuah parti politik dan pemimpin masyarakat, dan beliau tidak kompeten atau layak menjadi ketua kerajaan atau perdana menteri Malaysia.

"Reputasi plaintif telah tercemar dengan teruk berikutan penerbitan perkataan-perkataan berbaur fitnah dan menyebabkan penghinaan kepada plaintif dalam media sosial dan media massa kerana artikel berbaur fitnah itu telah dikongsi secara meluas oleh media sosial dan pengguna media massa secara keseluruhannya," kata kenyataan tuntutan itu.

Plaintif menekankan bahawa dakwaan dalam perkataan- perkataan berbaur fitnah itu adalah sangat serius dan telah menyebabkan penghinaan terhadapnya dalam kalangan masyarakat umum di Malaysia dan antarabangsa.

"Perkataan-perkataan berbau fitnah itu merupakan satu serangan kepada moral dan perwatakan plaintif dalam erti kata bahawa beliau sekarang dilabelkan sebagai seorang yang tidak jujur, tidak boleh dipercayai dan seorang yang tidak bertanggungjawab," kata kenyataan tuntutan.

Najib mendakwa bahawa perkataan-perkataan berbaur fitnah itu adalah tuduhan yang tidak berasas dan tanpa apa-apa asas atau bukti.

Najib menyatakan bahawa Dr Ling, yang juga bekas menteri pengangkutan, menyedari sepenuhnya dan berhasrat supaya perkataan-perkataan berunsur fitnah itu diterbitkan, dengan mengetahui bahawa ia akan menarik pembaca media maya atau arus perdana di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.

"Keseriusan dan kancah sakndal akibat penerbitan perkataan-perkataan berunsur fitnah itu telah menyebabkan kerosakan teruk yang tidak dapat diperbaiki ke atas reputasi plaintif khususnya, tetapi tidak terbatas kepada hubungan plaintif dengan masyarakat di dalam negara dan di peringkat antarabangsa," kata kenyataan tuntutan itu.

Beliau berkata surat tuntutan yang diserahkan kepada Dr Ling pada 5 Okt lepas menuntut Dr Ling, antara lain, menghentikan dan berhenti daripada terus membuat sebarang kenyataan berunsur fitnah atau sebarang kenyataan serupa yang merujuk kepada Najib dan menyiarkan kenyataan mohon maaf secara bertulis yang lengkap dan menarik balik kenyataan berbaur fitnah.

Bagaimanapun, defendan melalui peguam Tetuan Ranjit Singh Yeoh telah menjawab dalam surat bertarikh 8 Okt lepas dengan menyatakan beliau tidak memaklumi atau mengaku tentang apa-apa kenyataan yang terkandung dalam surat tuntutan itu dan mempunyai hak untuk mengambil atau menerima tindakan undang-undang susulan.

"Ini jelas menunjukkan bahawa defendan langsung tidak menyesali terhadap penerbitan perkataan-perkataan berbaur fitnah itu, dan ia menunjukkan sikap defendan yang sebenarnya," kata Najib.

-- BERNAMA 

Singapura Dan Brazil Antara Negara Yang Haramkan Vape.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan mengharamkan e-rokok selepas ia kini didakwa digunakan secara meluas oleh pelajar sekolah.
Presiden CAP S M Mohamed Idris berkata rokok elektronik atau vape semakin popular dalam kalangan remaja negara ini dan murid sekolah rendah turut tidak terkecuali.
Katanya aduan daripada ibu bapa dan guru beberapa sekolah rendah dan menengah di Pulau Pinang menunjukkan peningkatan pada jumlah pengguna vape.
"Sudah ada keperluan mengharamkan penjualan vape kerana ia mampu menarik lebih ramai belia mencubanya dan ketagih," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Sebelum ini, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya dilaporkan sebagai berkata kerajaan tidak merancang untuk mengharamkan atau mengawal vape.
Mohamed Idris berkata berbeza dengan jualan rokok yang mengenakan had umur pembelinya, tiada sekatan umur bagi membeli e-rokok dan ini boleh menyebabkan lebih ramai kanak-kanak dan belia membeli dan menggunakan vape.
"E-rokok sudah diharamkan di Singapura, Argentina, Brazil, Kemboja, Mexico, Nicaragua, Panama, Qatar, Seychelles dan Turki. Kelewatan mengharamkannya di negara ini adalah sukar difahami," katanya.
Bagaimanapun, Mohamed Idris berkata e-rokok dipromosikan sebagai alternatif sihat berbanding menghisap rokok tetapi Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) tidak menganggapnya sebagai terapi yang sah untuk perokok menghentikan tabiat merokok.
Menurut WHO e-rokok belum terbukti terapi terbaik menggantikan nikotin, katanya.
"Di Malaysia, e-rokok dipasarkan sebagai peranti berhenti merokok yang berkesan dan dijual dengan harga antara RM50 dan RM90 manakala bahan cecairnya dalam botol dijual antara RM10 dan RM20," katanya.
Menurutnya, e-rokok kini mudah diperoleh di kebanyakan kedai dan ada yang menjualnya secara terbuka di pasar malam.
- Bernama

Hampir 3,000 Bekas Kakitangan MAS Daftar CDC.

30 OKT: Seramai 2,981 daripada 4,000 bekas kakitangan syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) mendaftar dengan Pusat Pembangunan Korporat (CDC) sehingga 16 Oktober.
Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulis kepada Datuk Dr Marcus Mojigoh (BN-Putatan) berkata daripada jumlah itu, 950 orang menamatkan latihan di CDC melibatkan 271 individu menerima pekerjaan baharu, 630 orang memilih menjalankan perniagaan sendiri manakala 49 lagi memilih untuk bersara.
cdc MAS
“Sebanyak 99 orang pula menarik diri daripada menjalani latihan di CDC tanpa sebarang sebab menjadikan jumlah keseluruhan yang masih menganggur adalah 1,932 orang,” menurut kenyataan itu kepada soalan berhubung jumlah bekas kakitangan MAS yang menganggur dan usaha kerajaan membantu mereka mendapat pekerjaan semula.

Menurut kenyataan kementerian itu, angka tersebut tidak termasuk baki 1,019 daripada jumlah keseluruhan (4,000) bekas kakitangan MAS yang tidak berdaftar dengan CDC dan tiada maklumat berhubung status pekerjaan mereka yang diperoleh sehingga kini.
CDC merupakan sebuah pusat latihan yang ditubuhkan Khazanah Nasional Berhad pada 1 Jun lepas untuk membantu pekerja MAS yang terjejas akibat penyesuaian saiz tenaga kerja Malaysia Airport Berhad.
Antara yang ditawarkan CDC meliputi penempatan percuma dan perkhidmatan latihan, kaunseling kerjaya, keusahawanan, perancangan persaraan serta penempatan.
 Setakat ini CDC menganjurkan hari kerjaya dan temu duga kerja dengan lebih 70 majikan yang berpotensi dan telah menawarkan lebih 3,000 peluang pekerjaan termasuk dalam sektor berkaitan penerbangan, hospitaliti dan industry proses perniagaan penyumberan luar,” menurut kementerian itu.

-BNBBC

Thursday 29 October 2015

Najib Razak Terima Permohonan Maaf Nizar Berhubung Kes Fitnah.


IPOH: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dilepas dan dibebas oleh Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi selepas membuat permohonan maaf terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana memfitnah beliau tiga tahun lalu.
Permohonan maaf itu dibuat Mohammad Nizar yang juga bekas Menteri Besar Perak, di hadapan Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Yusaini Amer Abdul Karim memberitahu mahkamah, pihaknya ada menerima permohonan daripada Mohd Nizar pada surat bertarikh 22 Oktober lalu yang dihantar kepada Perdana Menteri memohon supaya kes itu dikompaun mengikut Seksyen 260 Kanun Prosedur Jenayah.

CEO 1MDB Terima Cabaran Debat Dengan Tony Pua.

ARUL_KANDA_REUTERS_PRESIDENT_1MDB_070115

Lain pula jadi ceritanya… kita mahu mencabar Tony Pua berdebat di atas pentas terbuka, ini dia pula yang mahu menjadi hos dan memberikan soalan keada CEO 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy umpama Arul Kanda menghadapnya.

Bagaimanapun, Arul Kanda yang tidak mahu menyembunyikan apa-apa tanpa menunggu lama terus menerima cabaran itu dan bersedia menjawab apa sahaja soalan yang bakal ditujukan kepadanya oleh Tony.

“YB Tony Pua mencabar saya pagi ini untuk satu siaran langsung ‘talk show’, dengannya. Saya dengan ini menerima cabaran itu dan tidak sabar untuk menjawab soalan beliau,” kata Arul dalam satu kenyataan media hari ini.

Ingat Arul Kanda tak pandai, dia meletakkan syarat kepada Tony yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara untuk meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dahulu untuk elak sebarang masalah lain.

Kalau dibuat debat berkenaan dengan status Tony masih ahli PAC, nanti nampaknya seperti Tony membelakangkang ahli PAC yang lain khususnya Pengerusinya Datuk Hassan Ariffin.

“Umum mengetahui Tony Pua ialah ahli PAC, yang sedang menjalankan siasatan ke atas 1MDB. Bagi mengekalkan integriti siasatan PAC, dan mengelak sebarang konflik kepentingan, Tony Pua mesti terlebih dulu meletakkan jawatan dalam PAC,” katanya.

Tony dalam satu temubual bersama stesen televisyen Bernama TV semalam, memperlekehkan Arul Kanda dengan tuduhan mengulang semula jawapan yang pernah diberikan sebelum ini.

Menurutnya, beliau akan menjadi hos debat itu dan memberikan Arul apa sahaja peluang dan sebanyak mana masa yang dia perlu untuk menjawab soalan-soalan berkenaan.

“Bagaimanapun, saya, seperti biasa, sanggup dibuktikan salah.
“Malah, saya tidak akan berdendam jika dia berjaya memalukan saya dengan menunjukkan bukti yang menyangkal dakwaan saya.
“Persoalannya ialah, dia akan mempunyai keberanian untuk menerima cabaran itu?” katanya.

Dalam satu jawapan segera, Arul bersetuju untuk cabaran.
“Saya dengan ini menerima cabaran beliau dan berharap untuk menjawab soalan-soalan tersebut,” kata beliau.
“Bagaimanapun untuk berbuat demikian, YB Tony Pua tidak boleh menjadi hakim, juri dan algojo.

“Oleh itu, saya percaya beliau akan mempunyai keberanian untuk melakukan perkara yang betul dan meletakkan jawatan daripada PAC dalam usaha kita untuk, meminjam kata-katanya sendiri, mengadakan perbincangan secara terbuka tanpa berselindung,” kata Arul Kanda.

– PRU14.tv

Perbincangan Tertutup 100 Ketua Bahagian UMNO Mahu Singkir Muhyiddin.

(Sinar Harian) – Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Mohd Yunus mengesahkan wujud gerakan menyingkirkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kelompok gunting dalam lipatan dalam Umno.
Beliau tegas menyatakan lebih 100 ketua bahagian Umno seluruh negara mengadakan perbincangan tertutup sebagai usaha menyingkir Muhyiddin dan kumpulannya dari parti itu.
“Pendapat peribadi saya, Tan Sri Muhyiddin perlu dipecat dan sekarang kita (Umno) dalam usaha mengumpul senarai nama ketua bahagian untuk menyokong penyingkiran berkenaan.
“Kalau saya di tempat Perdana Menteri dah lama saya pecat beliau (Muhyiddin) bukan setakat sebagai Timbalan Presiden Umno malah ahli Umno,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau menyifatkan pendekatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang terlalu berlemah-lembut  dan tidak sampai hati telah menyebabkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu agresif menentang pentadbirannya.‎
Jamal bagaimanapun tidak menyangka gerakan senyap ketua Umno bahagian ini telah pecah kepada media.
“Saya sudah lama mendesak Muhyiddin untuk dipecat daripada kerajaan mahupun parti.
“Lihat sekarang gelagat beliau, sebab itu kita cuba kumpul sokongan untuk keluarkan Muhyiddin daripada parti dan posisi itu diganti,” katanya.
Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Hulu Langat, Datuk Johan Abdul Aziz hanya menyarankan agar pucuk pimpinan Umno mengambil tindakan disiplin terhadap Muhyiddin berdasarkan kepada tindak tanduk beliau sejak kebelakangan ini.
Difahamkan, beberapa laman sosial telah diviralkan mengenai kempen ini yang dikatakan dilakukan melalui aplikasi Instagram.
Laman sosial Johor Bangkit, misalnya telah mendakwa terdapat 140 ketua bahagian bersetuju untuk melakukan tindakan menyingkir bekas Timbalan Perdana Menteri itu termasuk mendapat lima sokongan di Johor, sementara dua lagi tidak melayan kempen berkenaan.
Dalam kenyataan laman sosial itu turut mendakwa punca mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 30 Oktober ini terpaksa dibatalkan untuk membolehkan mereka mempunyai masa kumpulkan nama ketua-ketua bahagian yang lebih banyak bagi menjayakan komplot tersebut.

Aktor Tamil Rajinikanth Berebut Limosin


MELAKA: Aktor filem Tamil, Rajinikanth sedang berada di negara ini untuk penggambaran filem Kabali dan keadaan menjadi 'hangat' sebaik sahaja beliau tiba.
Bahang kepanasan itu turut dirasai seorang pemandu limosin yang berusia 25 tahun.

Pemandu dari syarikat kereta sewa yang berpusat di Petaling Jaya itu telah diminta membawa bintang filem dari India itu ke sebuah hotel di Kuala Lumpur, kira-kira pukul 4 petang Isnin.


Seorang jurucakap syarikat itu berkata mereka telah menghantar sebuah limosin dihiasi dengan pelekat 'Hello Kitty' untuk digunakan oleh pelakon itu dari pukul 4 hingga 6 petang.

Tetapi, pelakon itu hanya tiba di KLIA pada pukul 6 petang dan pemandu itu memberitahu individu tempatan yang mewakili bintang filem itu bahawa dia terpaksa bergegas untuk mengambil VIP lain untuk pembukaan sebuah restoran di Selangor.
Wakil tersebut bagaimanapun merampas telefon bimbit pemandu itu dan memaksanya supaya memandu ke Melaka, kata jurucakap itu.

Pemandu yang ketakutan itu hanya patuh kepada arahan.


"Kami cuba menghubungi pemandu kami tetapi telefon bimbitnya tidak dijawab. Kami terdesak kerana terdapat satu lagi acara lain pada pukul 6 petang hari yang sama," kata jurucakap itu.


Jurucakap itu berkata, pemandu itu hanya menghubungi mereka sebaik sahaja tiba di Melaka pada pukul 8.20 malam.


"Syarikat kami berdepan kritikan daripada pelanggan kedua disebabkan isu ini."


Syarikat itu kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, Rabu.

Pengerusi Sektor Swasta Melaka, Jawatankuasa Sumber Manusia dan NGO Datuk MS Mahadevan, yang dilantik oleh Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron bagi memudahkan penggambaran, berkata beliau juga mempunyai pengalaman buruk berurusan dengan wakil-wakil tempatan berkenaan.
Mahadevan mendakwa sekumpulan 20 lelaki yang memakai baju-T mendakwa mereka adalah pengawal peribadi pelakon itu telah mengasari petugas media dan pembesar-pembesar negeri semasa  'superstar' itu membuat lawatan kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, Selasa.
Mereka yang berada di pejabat Yang Dipertua Negeri semuanya dijemput tetapi Mahadevan berkata mereka secara agresif ditolak oleh 'bodyguard tak terlatih'.
Mahadevan kemudiannya memanggil penganjur tempatan, dan diberitahu bahawa Rajinikanth sendiri meminta agar pengawal peribadi untuk tidak mengawalnya.

-mstar

Isu Balak Kelantan. Husam Dan Menantu Hadi Perang Besar Di Facebook.

Bekas exco Kelantan Datuk Husam Musa dan menantu presiden PAS Zaharudin Muhammad menjadikan laman sosial sebagai medan perang terbuka mereka berkenaan isu pembalakan di negeri itu.
Husam yang juga adalah ADUN Salor mendedahkan beberapa tindakan kerajaan negeri hari ini yang disifatkannya tidak wajar dan menyimpang dari konsep ketelusan.
Zaharudin pula melalui posting Facebook menuduh anak didik bekas Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat itu cuba menjatuhkan kerajaan negeri Kelantan.
“Demi Allah! saya akan lawan Husam selepas ini demi selamatkan Kelantan. Cukup saya melihat Kedah dijatuhkan oleh puak-puak Phahrolrazi dengan fitnahnya.
“Saya menyeru rakyat Kelantan bersama-sama mempertahankan Kelantan,” tulisnya.
Zaharuddin merujuk kepada kekalahan PAS yang kehilangan negeri Kedah pada pilihan raya umum ke-13 lalu.

Sebelum kejatuhan itu, Datuk Phahrolrazi Zawawi yang adalah Timbalahn Pesuruhjaya PAS Kedah membidas pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Penyokong Azizan mendakwa ia sebagai komplot Pharolrazi untuk mengguling menteri besar.

Zaharudin dalam posting di Facebook hari ini berkata, perkara yang sama boleh berlaku di Kelantan.

Ia berikutan bidasan sengit Husam berhubung tindakan kerajaan negeri yang memberikan permit pembalakkan di negeri itu.
‘Robin Hood Kelantan'
Malah, Husam juga menuntut kerajaan negeri supaya tidak meluluskan permohonan sebuah syarikat untuk menebang kawasan seluas 1,400 hektar di hutan simpan Kekal Ulu Sat di Machang.
Bagaimanapun, Zaharudin memulakan serangannya dengan memuat naik status ‘Robin Hood Kelantan’ yang didakwanya seronok mengganggu isi rumah miskin.
Selepas itu siri serangan daripada Zaharudin terhadap Husam menyentuh laporan rasuah daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung kewujudan aktiviti penerokaan tanah dan pembalakan haram di negeri itu.
Husam yang juga bekas naib presiden PAS itu bagaimanapun tidak duduk diam dengan serangan berterusan yang dibuat oleh Zaharudin.
Beliau seterusnya mengemukakan hujah mengapa PAS kalah di Kelantan.
“Watak Zaharudin Muhammad Jatuhkan PAS Terengganu? Zaharuddin Muhammad nampaknya galak menulis sehari dua ini, nak pertahankan Kelantan dari jatuh.
“Caranya dengan menyerang saya. Jika dunia ilmiah dipilih, saya bersedia mengemukakan hujah saya mengapa PAS kalah di Kedah, dalam mana-mana seminar.

“Sebahagian darinya pernah saya kemukakan kepada Lajnah Politik PAS Pusat enam atau tujuh bulan sebelum kekalahan itu,” tulis Husam.
Husam turut mengancam Zaharudin bahawa beliau tidak teragak-agak mengheretnya ke mahkamah.
“Ada pun ayat ayat dalam tulisan Zaharudin berbentuk ugutan dan unsur fitnah, saya telah pun mengarahkan peguam mengambil tindakan,” kata Husam.
Zaharuddin bagaimanapun memuat status terbarunya dengan menjemput Husam ke Kuala Lumpur pada 21 November depan bagi membincangkan mengenai kekalahan PAS di Kedah dan Terengganu.
Malah beliau turut mengalukan sekiranya Husam ingin membawa peguam bersamanya.
“Insyallah, 21 november saya menjemput Husam datang ke Kuala Lumpur, jam 10 pagi di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM). Kita dialog isu post mortem kekalahan Kedah dan Terengganu.
“Bersama saya ada peguam-peguam dan lebih penting kebenaran juga bersama-sama saya kalau Husam nak bawa ke Mahkamah.” katanya.

-msiakini

Tuesday 27 October 2015

Haji Hadi Tegaskan Tidak Akan Kompromi Dengan Pakatan.

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- PAS menyifatkan Pakatan Harapan sebagai sebuah parti 'bas ekspres' yang tidak mungkin mencapai matlamat dalam membela rakyat di negara ini.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan PAS tidak akan berkompromi dengan Pakatan Harapan malah akan terus menjadi sebuah parti pembangkang yang berpegang teguh kepada prinsip sebuah parti berteraskan Islam.

"PAS tidak akan menyertai sebarang rangka yang tidak berteraskan Islam kerana kami tidak mungkin naik bas ekspres yang tidak sampai destinasi yang hendak dituju, lepas itu kena jalan kaki.

"Kami mahu proses demokrasi yang beradab serta berakhlak dan tidak melupai konsep Raja Berperlembagaan malah pada masa sama mesti memelihara hubungan masyarakat majmuk," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada September lepas mengumumkan bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) bersetuju menubuhkan pakatan pembangkang baharu dikenali sebagai Pakatan Harapan.

Abdul Hadi juga yakin PAS yang selama ini bersendirian akan terus berjuang sebagai sebuah parti yang memberi harapan kepada rakyat.

"Kami tidak punyai (harapan) dengan (Pakatan) Harapan, kami akan sampai ke destinasi yang kami mahukan. PAS tidak bergantung kepada mana-mana parti, yang bergantung itu parti lain," kata anggota Parlimen Marang itu.

Bagaimanapun, katanya PAS tidak bongkak dengan kekuatan yang dimiliki parti berusia 64 tahun itu sebaliknya sedia bekerjasama dengan semua pihak termasuk Barisan Nasional (BN), DAP dan PKR dalam semua perkara demi kepentingan rakyat.

"Kerjasama ini adalah kerana PAS lebih memelihara hubungan dengan rakyat bukan sahaja dengan anggota Parlimen. Kami sedia berbahas di Parlimen atau bertemu dengan pihak kerajaan dengan mengetengahkan pelbagai alternatif yang mementingkan hak rakyat," katanya.

-- BERNAMA

Kecoh Bateri Vape Terbakar Dalam Malindo Air.

PETALING JAYA: Insiden bateri vape terbakar dalam pesawat telah diperbesar-besarkan, kata Presiden Malaysian Organisation of Vape Entities (MOVE) Samsul Kamal Ariffin.
Ia boleh dielakkan jika pengguna mempunyai pengetahuan asas mengenai bagaimana untuk mengendalikan peranti itu, katanya.
“Kami percaya ia adalah kes ‘tidak tahu’,” katanya, Isnin.
Seorang penumpang Malindo Air, yang dalam penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur pada Sabtu, melecur di bahagian paha dan tangan kiri apabila bateri rokok elektronik yang diletakkan dalam bekas di atas ribanya tiba-tiba terbakar.
Dia telah dirawat oleh seorang doktor yang juga seorang penumpang di atas pesawat itu. Anak-anak kapal berjaya memadamkan api dan pesawat itu mendarat dengan selamat.
Samsul berkata terdapat dua jenis bateri rokok elektronik iaitu lithium-ion dan lipo.
“Bateri yang boleh dicas semula seperti lithium-ion harus dipisahkan daripada peranti kerana ia mudah meletup.
“Bateri lipo adalah bateri yang dipasang di dalam peranti. Ia lebih stabil. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah mematikannya dan meletakkannya dalam mod tidur, seperti mana-mana bateri lain yang mengendalikan peranti,” kata Samsul.
Dipercayai bateri yang meletup pada Sabtu adalah bateri jenis lithium-ion.
Samsul berkata MOVE, yang menyokong peraturan industri vape di Malaysia berkata, kes itu telah menyokong desakan badan bukan kerajaan supaya peraturan-peraturan dapat ditetapkan.
“Apabila perkara seperti ini berlaku, walaupun ia kes terpencil, ia akan diperbesar-besarkan kerana vape kini menjadi satu topik yang hangat di kalangan orang ramai,” katanya.
Malaysia Airports Berhad berkata pihaknya telah mengenakan langkah-langkah keselamatan tambahan selepas kejadian itu.
“Kami telah melaksanakan langkah-langkah keselamatan tambahan, berkuatkuasa serta-merta, di mana penumpang akan diminta untuk menanggalkan bateri daripada alat tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, Isnin.
Malindo Air berkata syarikat penerbangan itu akan memulakan perbincangan dengan pihak berkuasa lapangan terbang untuk mengkaji semula prosedur keselamatan.
“Kami ingin mengingatkan para penumpangnya supaya tidak membawa bateri ganti dalam pesawat, tidak menyambung mana-mana peranti elektronik mudah alih dengan sumber kuasa semasa dalam penerbangan dan tidak meninggalkan sebarang peranti elektronik mudah alih tanpa penjagaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Malindo Air berkata ia telah membuat laporan polis dan telah mengemukakan kes itu kepada Jabatan Penerbangan Awam (DCA).
Pengarah operasi penerbangan DCA Datuk Yahaya Abdul Rahman bersetuju bahawa kes itu adalah terpencil tetapi masih berbahaya.
“Oleh kerana ini melibatkan isu keselamatan, kami meneliti untuk mengenakan peraturan yang ketat,” katanya.
Menurut Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa, peranti merokok dilarang untuk didaftar masuk sebagai bagasi tetapi dibenarkan dibawa masuk di dalam pesawat.-mstar

Wanita Rugi RM126,000.00 Ditipu Facebooker.

GEORGETOWN: Seorang ahli perniagaan wanita di sini mendakwa ditipu sindiket ‘love scam’ yang didalangi rakyat asing menyebabkan dia kerugian RM126,000.
Wanita berusia 32 tahun yang telah berkahwin itu mendakwa berkenalan dengan seorang ‘lelaki kacak’ menerusi laman sosial Facebook yang mengarahkan dia untuk memasukkan wang ke dalam dua akaun bank tempatan untuk membolehkan dia menuntut hadiah pemberian lelaki terbabit.
Pemangku Ketua Wanita Gerakan Pulau Pinang Hartini Tan Abdullah berkata wanita berkenaan mengenali lelaki terbabit Julai lepas dan mula memasukkan wang selepas mendapat panggilan daripada anggota sindiket berkenaan bagi mendapatkan hadiah yang dihantar kepadanya.
“Seseorang yang mendakwa dari sebuah jabatan kerajaan memberitahu mangsa yang dia perlu membayar sejumlah wang jika hendak mendapatkan bungkusan hadiah mengandungi wang tunai, emas dan minyak wangi itu.
“Mangsa yang mahukan hadiah itu kemudiannya memasukkan RM126,000 menerusi 19 transaksi ke dalam dua akuan milik orang tempatan sebelum menyedari dia ditipu dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut pada 5 Oktober lepas,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Hartini berkata wanita itu membuat aduan kepada Gerakan pada 14 Oktober lepas selepas kecewa kerana mendakwa tiada perkembangan daripada pihak polis berhubung kes itu dan telah beberapa kali menghubungi pegawai penyiasat kes berkenaan.
Sehubungan itu, beliau berharap polis dapat menjalankan siasatan kes itu secepat mungkin kerana ia membabitkan jumlah kerugian yang besar.
“Gerakan juga bercadang mengadakan kempen dan dialog kepada golongan wanita bagi memberi kesedaran berhubung sindiket ‘love scam’ ini kerana semakin banyak kes seumpama itu dilaporkan sekarang ini,” katanya.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid ketika dihubungi berkata, polis memulakan siasatan kes itu sebaik menerima laporan.
Beliau berkata polis telah memperoleh maklumat mengenai pemilik akaun berkenaan dan usaha mengesan mereka yang dipercayai orang tempatan dan anggota sindiket itu giat dijalankan.
“Saya juga ingin menasihatkan orang ramai terutama golongan wanita agar tidak terpedaya dengan sindiket ‘love scam’ itu,” katanya. – Bernama

Monday 26 October 2015

PAS Istihar Perang AMANAH Untuk Sokong Najib?

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata Parti Amanah Negara (Amanah) telah mempromosikan DAP apabila mengangkat Lim Guan Eng sebagai tokoh dalam misi menawan Putrajaya. 

Ahli Kuala Nerus itu berkata sebagai parti Islam, PAS mempunyai prinsipnya sendiri dari segi pemilihan pemimpin atau ketua negara. “Pertama saya nampak memang parti serpihan PAS ini menjadi pengikut kepada DAP, kerjanya mempromosi DAP dan memang tidak peliklah apabila saudara Salahuddin pun mempromosi Lim Guan Eng. “Kita (PAS) dalam kaedah Islam, ada prinsip kita, kekuasaan dan penguasaan mestilah didominasi oleh orang Islam…sebab ia bercanggah dengan Islam, tidak boleh kita jatuhkan seorang pemimpin Islam walaupun dia tidak mengikut Islam sepenuhnya digantikan dengan menteri yang bukan Islam,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, Isnin. 

Katanya, masyarakat harus tahu tentang kaedah ini dan PAS sama sekali tidak akan memainkan isu pemimpin bukan Islam diangkat sebagai tokoh. “PAS tidak akan memainkan isu ini, jadi inilah yang membezakan kita dengan parti-parti lain. “Saya tidak merasakan orang Islam akan menyokong (DAP), Melayu tidak akan menyokong DAP kerana DAP dilihat tidak menyokong isu-isu Islam, tidak memberikan sesuatu yang positif. “Ahli-ahli Parlimen DAP, saya tidak nampak mereka mesra pada Islam,” katanya. 

Khairuddin berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub bahawa Guan Eng adalah contoh tokoh politik mewakili masyarakat bukan Islam yang mampu menyelamatkan negara. Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis bersama pimpinan Pakatan Harapan di Klang, malam Ahad. Ketika majlis itu, Salahuddin turut mengakui bahawa tidak ada jaminan untuk Amanah bertanding atau menang dalam pilihan raya akan datang tetapi demi perjuangan menyelamatkan negara, mereka sanggup ‘cari susah’ apabila bertindak meninggalkan PAS yang juga berada dalam keadaan susah. 

Mengulas kenyataan ini, Khairuddin berkata Amanah bersikap lemah semangat dan ia tidak sepatutnya ditunjukkan oleh seorang ahli politik. “Jadi saya merasakan bahawa mereka tidak ada sokongan, saya sebutkan di sini contohnya macam PKR yang begitu lama dalam politik pembangkang yang lebih 10 tahun pun tidak mempunyai sokongan yang kuat di peringkat akar umbi, jadi apakan lagi DAP dengan serpihan PAS ini, saya yakin mereka tidak ada kekuatan di peringkat akar umbi,” katanya. 

Mengenai sokongan terhadap PAS, beliau berkata pihaknya menerima sambutan hangat daripada orang ramai walaupun beberapa pemimpinnya beralih kepada Amanah. “Ahli-ahli PAS pun semakin bersemangat dan ramai golongan atas pagar dan ahli Umno sendiri tidak bersama Umno bahkan bersama PAS,” katanya.

-mstar

Saturday 24 October 2015

SMS Muhyiddin Usul Undi Tidak Percaya Tersebar.

Assalamualaikum WBT Memandangkan terdapat desakan dan cabaran daripada pihak tertentu yang mahukan saya sendiri membawa usul hilang kepercayaan terhadap YAB Perdana Menteri,maka saya telah mengambil keputusan untuk berbincang dengan beberapa rakan ahli-ahli parlimen BN dan juga ketua-ketua Ummo bahagian. 

Hasil perbincangan, maka saya bersetuju dengan desakan dan cabaran tersebut. Saya telah berjumpa dan berbincang dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Bt Wan Ismail semalam. Beliau bersetuju untuk menarik balik usul yang telah difailkannya,dan seterusnya memberi laluan kepada saya untuk memfailkan yang baru. 

Sekian 
Tan Sri Muhyiddin Yassin 
Timb Presiden Umno Ahli Parlimen Pagoh

Berikut adalah mesej yang mula tersebar di ruang maya secara whatsapp dan sms. Apapun ianya belum dapat disahihkan samada mesej tersebut benar-benar dikeluarkan oleh Tan Sri Muhyiddin ataupun hanyalah mesej palsu yang dibuat oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Jerebu. 27 Kawasan IPU Tidak Sihat.

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Sebanyak 27 kawasan kekal merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi ini.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan yang merekodkan bacaan tertinggi ialah Pasir Gudang (154), diikuti Kota Tinggi (147); Pelabuhan Klang (140); Larkin Lama dan Shah Alam (masing-masing 137); Kuala Selangor (127); Putrajaya (126); Banting dan Bandaraya Melaka (masing-masing 125); Bukit Rambai (124); dan Petaling Jaya (123).

Kawasan lain yang terlibat ialah Seremban (122); Nilai dan Cheras, Kuala Lumpur (masing-masing 117); Port Dickson (116); Tanjung Malim (115); USM (113); Kangar, Muar dan Bakar Arang, Alor Setar (masing-masing 111); Langkawi dan Seberang Jaya (masing-masing 110); SMK Tanjung Chat, Kota Baharu (108); Alor Setar (105); SK Jalan Pegoh, Ipoh (102); dan Seri Manjung (101).

Perai pula kini berada pada paras sederhana (IPU 100) berbanding tidak sihat (120) malam tadi.

Kawasan yang turut mencatatkan bacaan IPU sederhana ialah Samarahan (100); Jalan Tasek, Ipoh dan Kuching (masing-masing 96); Sri Aman (94); Kg Air Putih, Taiping (89); Kuala Terengganu (88); Balok Baru, Kuantan (84); Jerantut (83); Tawau (82); Kemaman (79); Sibu (78); Sarikei (72); Kapit (71); Bintulu (69); Indera Mahkota dan Paka(masing-masing 68); Miri (64); Sandakan (61); Keningau (58); ILP Miri (56) dan Kota Kinabalu (53).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

-- BERNAMA